Malakat Grocer bakal buka 13 cawangan sebelum Aidilfitri tahun ini

0
616
Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim.

CYBERJAYA – Kumpulan perniagaan Malakat mensasarkan pembukaan sekurang-kurangnya tiga lagi cawangan Malakat Grocer melalui program pemilikan perniagaan peruncitan rakan kongsi sebelum Aidilfitri tahun ini.

Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim berkata, tiga lokasi baharu cawangan Malakat Grocer adalah di Cheras, Kuala Lumpur; Gombak dan Denai Alam, Subang, Selangor.

Beliau berkata, selain tiga cawangan itu, 10 lagi cawangan Malakat Grocer akan dibuka melalui program ‘pertukaran’ melibatkan pengambilalihan premis perniagaan sedia ada yang dikenal pasti berpotensi.

“Insya-Allah, kita akan buka tiga lagi cawangan di Cheras, Gombak dan Denai Alam dan 10 lagi melalui pengambilalihan premis sedia ada sebelum raya tahun ini,” katanya selepas Media Review Buffet Ramadan di Casa De Madani malam tadi.

Sejak memulakan perniagaan pada Mac tahun lalu, kumpulan Malakat kini mempunyai 6 cawangan Malakat Grocer iaitu di Malakat Mall Cyberjaya, Malakat Mall Masjid Tanah, Taman Putra Perdana, Taman Kosas, Pandan Mewah dan terbaharu Kota Warisan.

Sementara itu, Mohd. Fadzil turut mengumumkan pembukaan cawangan pertama wagon Tea Amo di stesen minyak Shell, Putrajaya tidak lama lagi.

“Pembukaan Tea Amo di stesen minyak Shell ini merupakan langkah pertama perluasan perniagaan hasil kerjasama perniagaan antara Malakat dengan Shell Malaysia Trading,” katanya.

Tea Amo merupakan produk minuman tea boba yang menjadi kegemaran pelanggan Malakat Mall.

Antara minuman yang terdapat di Tea Amo, Malakat Mall

Mohd, Fadzil dalam pertemuannya dengan Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading, Shairan Huzani Husain pada awal Mac lalu mengumumkan sasaran pembukaan 300 outlet Tea Amo pada tahun ini.

Kerjasama perniagaan itu termasuk rancangan pembukaan kiosk Malakat Xpress di stesen minyak Shell. -MT

Wagon Tea Amo yang merupakan produk bestseller di Malakat Mall.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here