Malakat Mall hidupkan amal ibadah di bulan Ramadan

0
317
Program tadarus al-Quran di Malakat Mall hari ini

CYBERJAYA – Sempena bulan Ramadan, pusat beli belah Malakat Mall ‘dihidupkan’ dengan pelbagai aktiviti ibadah melibatkan kakitangannya dan juga para pelanggan.

Antara aktiviti yang mula dilaksanakan hari ini ialah program tadarus al-Quran di ruang legar utama pusat beli belah itu yang disertai kira-kira 50 kakitangan dan pelanggan.

Selesai program tadarus al-Quran, kesemua mereka mengerjakan solat Zuhur secara berjemaah dan diakhiri dengan takzirah ringkas yang cukup bermanfaat.

Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim ketika bercakap sebelum program tadarus al-Quran bermula berkata, program berkenaan diadakan bagi mengimarahkan ‘mall’.

Katanya, semua kakitangan dan juga pelanggan dijemput untuk menyertainya bagi meningkatkan ilmu dan memperbaiki bacaan al-Quran.

“Kita sertai sama-sama agar kita mendapat keberkatan, kalau yang tidak lancar pun boleh sertai kerana kita boleh baiki bacaan. Sama-sama ikut dan baca,” katanya.

Para pelanggan boleh mengerjakan solat secara berjemaah di ruang legar pusat beli belah berkenaan dan turut diadakan ialah solat tarawih berjemaah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here