Malakat Mall tambah kedai bertarikan baharu tidak lama lagi

0
444
Kedai permainan kanak-kanak yang akan dibuka di Malakat Mall, Cyberjaya tidak lama lagi. -Gambar hiasan.

CYBERJAYA – Malakat Mall akan membuka sekurang-kurangnya empat buah kedai baharu di cawangan utamanya di sini dalam masa terdekat.

Pengasas pusat beli-belah itu, Mohd. Fadzil Hashim berkata, antaranya adalah kedai permainan kanak-kanak, peralatan parti dan acara, barang-barang perkahwinan dan sandal wanita.

“Ini antara kedai-kedai yang sedang diusahakan dalam seminggu dua ini.

“Alhamdulillah kita sudah dapat pembekal yang dapat bantu kita untuk setup, susun dan kenal pasti apa barang yang diperlukan,” katanya ketika ditemui di Malakat Mall hari ini.

Mengulas lebih lanjut, Mohd Fadzil berkata, bagi kedai permainan kanak-kanak, pihaknya akan cuba menyediakan sebuah kedai yang padat dengan pelbagai kategori produk.

“Kami akan cuba usahakan sebuah kedai mainan yang serba lengkap untuk pilihan ibu bapa atau untuk hadiah hari jadi dan sebagainya.

“Begitu juga dengan kedai peralatan perkahwinan yang akan dijadikan sebagai one stop centre untuk orang ramai datang dan memborong di sini,” katanya.

Kedai menjual peralatan majlis perkahwinan. -Gambar hiasan.

Mohd Fadzil atau lebih dikenali sebagai Coach Fadzil berkata, pembukaan kedai itu bertujuan melengkapkan dan memenuhi ‘kriteria’ sebuah mall komuniti sekaligus menawarkan produk yang diperlukan pelanggan pada harga terbaik.

Selain itu katanya, dua lagi kedai yang juga sedang dalam pembukaan adalah kedai cermin mata dan barang kemas wanita yang menjual kerongsang dan sebagainya.

“Ini adalah antara kedai-kedai yang kami perlu ada di dalam mall ini. Sebelum ini kami pernah tawarkan kepada usahawan Islam, tapi tak ramai yang sanggup.

“Akhirnya kami terpaksa buka juga sebab sebagai mall komuniti kami perlukan produk seperti itu,” katanya.

Sedangkan katanya, usahawan tidak perlu menanggung risiko kerugian dalam perniagaan yang ditawarkan kerana hanya perlu menanggung kos pembekalan tanpa perlu memikirkan operasi dan pengurusan.

Kedai cermin mata juga akan dibuka di Malakat Mall, Cyberjaya-Gambar hiasan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here