MAQIS rampas 70 tan daging kerbau dari India

0
219
Gambar hiasan.

CYBERJAYA – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Pulau Pinang merampas lebih 70 tan daging kerbau sejuk beku dari India atas kesalahan tidak mematuhi permit import.

Bekalan daging dari India itu yang dianggarkan bernilai RM614,605 itu ditahan di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT), Pulau Pinang, semalam.

Pengarah Maqis Pulau Piang, Noriah Dahlan berkata, pemeriksaan ke atas empat kontena membawa daging kerbau sejuk beku pada 2.40 petang mendapati kesemua konsainan berkenaan tidak mematuhi syarat permit import yang dikeluarkan oleh Maqis.

“Pemeriksaan mendapati kesemua dagangan iaitu 2,826 kotak daging itu gagal mempamerkan maklumat yang dikehendaki pada syarat import permit yang telah diluluskan dan pihak Maqis merampasnya untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noriah berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here