Maqis rampas kopi bernilai RM3.23 juta

0
108

KLANG -Sebuah kontena yang mengandungi biji kopi dianggarkan bernilai RM3.23 juta dirampas oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) di Pelabuhan Klang Utara dalam pemeriksaan Khamis lalu.

Pemangku Pengarah Maqis Selangor, Zamri Hisham berkata, biji kopi seberat 173,074 kilogram (kg) yang dipercayai dibawa masuk dari Colombia itu dirampas dalam pemeriksaan rutin pada jam 11 pagi.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati barang dagangan berkenaan tidak mematuhi syarat import Maqis sebagaimana yang dinyatakan dalam permit, lesen dan perakuan.

“Ia dirampas untuk siasatan mengikut Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

“Jika sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 11(3) Akta sama membabitkan denda melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here