Maqis rampas udang import dari Iran bernilai hampir RM1 juta

0
129

CYBERJAYA-Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Selangor merampas 48 tan udang yang diimport dari Iran selepas menahan dua kontena di Tapak Pemeriksaan Kontena, Gudang CFS 2 Pelabuhan Klang Barat, kelmarin.

Pengarah Maqis Selangor, Zamri Hashim berkata, hasil pemeriksaan dilakukan oleh pegawai penguat kuasa pada 12.30 tengah hari mendapati dua kontena terbabit membawa 4,000 kotak udang sejuk beku tanpa permit import yang sah.

Zamri berkata, semua barang dagangan yang ditahan dalam pemeriksaan itu dianggarkan bernilai RM972,305.83.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

“Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zamri berkata, Maqis sentiasa memastikan ketelitian dan kecekapan bagi setiap pemeriksaan yang dilaksanakan untuk semua keluaran pertanian yang diimport ke negara ini bagi menjamin setiap keluaran pertanian yang dibawa masuk tiada perosak dan penyakit serta mematuhi syarat dan peraturan ditetapkan kerajaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here