Menteri Koperasi puji usaha dilakukan Kumpulan Malakat

0
74
Datuk Seri Dr Wan Junaidi

CYBERJAYA – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar memuji usaha yang dilakukan oleh Kumpulan Malakat yang membangunkan pelbagai sektor perniagaan menerusi dana koperasi.

Beliau yang bertanggungjawab dalam hal ehwal koperasi berkata, gerakan koperasi perlu menerokai peluang perniagaan yang baru dan lebih membawa pulangan yang lebih besar tanpa hanya tertumpu kepada aktiviti pinjaman wang kepada ahli.

“Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu, koperasi perlu mempelbagaikan sumber pendapatan mereka dalam sektor yang dapat memberikan pulangan yang lebih tinggi dan memastikan koperasi kekal relevan.

“Koperasi mempunyai sumber yang mencukupi untuk melabur di dalam sektor yang berpotensi tinggi. Tidak kiralah pertanian, pembinaan atau peruncitan di seluruh negara seperti yang ditubuhkan oleh Malakat Mall,” katanya dalam hantaran menerusi laman Facebook miliknya hari ini.

Malakat Mall Masjid Tanah

Menurut Wan Junaidi lagi, langkah itu juga dapat mengurangkan risiko untuk koperasi yang berkemungkinan menanggung kerugian yang besar apabila hanya bergantung kepada satu sumber.

Logo KoPPIM

Malakat Mall yang ditubuhkan sejak setahun lalu turut digerakkan menerusi Koperasi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM).

Sejak dilancarkan, KoPPIM telah mempunyai dana terkumpul melebihi RM15 juta hasil pelaburan umat Islam.

Menerusi usaha tersebut, Kumpulan Malakat telah berjaya membuka dua pusat beli belah iaitu di Cyberjaya, Selangor dan Masjid Tanah, Melaka; enam pasar raya Malakat Grocer dan sebuah Malakat Express di Desa Setapak.

Untuk perancangan masa hadapan, Kumpulan tersebut merancang membuka 10 pusat beli belah pada tahun ini dan 13 pasar raya sebelum Hari Raya Aidilfitri ini.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here