Menu tambahan istimewa di TTC Malakat Mall Ramadan ini

0
232
NASI GANJARAN

CYBERJAYA – Bersempena Ramadan kali ini, The Tarik Corner di Malakat Mall memperkenalkan beberapa menu istimewa khusus buat para pelanggan yang ingin berbuka puasa dan menjamu selera.

Menurut Pengurus TTC, Muzamir Ismail, antara menu yang tersedia termasuk Murtabak Ayam dan Daging, Roti John Spesel, Sup Gearbox, Daging To’pak, dan Nasi Ganjaran.

“Istimewanya murtabak di TTC pada bulan puasa ini adalah kerana ia menggunakan resipi baharu yang dibawa khas dari Penang.

“Jadi, rasanya sudah tentu berlainan dari murtabak pada hari-hari biasa, begitu juga dengan saiznya yang lebih besar dan tebal dari biasa,” kata Muzamir ketika ditemui, hari ini.

Menu tambahan ini tersedia buat semua pelanggan ‘dine-in’ dan ‘take-away’.

“Semua menu ini, kecuali Daging To’pak mula dijual mulai pukul 4 petang hingga 12 tengah malam setiap hari,” kata Muzamir yang menambah, Daging To’pak hanya disediakan pada hari-hari tertentu sahaja.

Bagi hidangan Nasi Ganjaran pula, ia didatangkan dengan ayam goreng, kuah kari istimewa, dan nasi kuning yang dimasak dengan rempah ratus istimewa.

“Jadi, apa tunggu lagi, jom ke TTC untuk merasai sendiri keenakan menu istimewa yang hanya ada pada bulan Ramadan sahaja,” kata Muzamir.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here