MKN perlu teliti semula kebenaran bazar Ramadan-KJ

0
134
Khairy Jamaluddin

SEREMBAN – Majlis Keselamatan Negara (MKN) diminta untuk meneliti kembali kelonggaran yang diberikan terutamanya kebenaran operasi bazar Ramadan.

Ia susulan pengesanan 17 kes positif Covid-19 membabitkan varian South African B.1.351.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, varian itu dikenalpasti mempunyai kadar kebolehjangkitan yang lebih tinggi.

Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, sesetengah vaksin juga dilihat kurang efektif ke atas varian berkenaan.

“Minggu lalu, gelombang ketiga sudah dapat dikurangkan, namun jumlah berkenaan kembali meningkat sejak beberapa hari lalu.

“MKN perlu berbincang kembali sama ada untuk teruskan kelonggaran yang telah kita beri. Kita tak salahkan orang ramai sebab orang ramai memang nak pergi bazar Ramadan… tapi agak sukar untuk penjarakan sosial.

“Tak kira apa jua penguatkuasaan yang ada di situ, akhirnya akan berada dalam keadaan berdekatan dengan orang lain… sama ada (MKN) teruskan atau tak teruskan (bazar Ramadan)… MKN perlu melihat serius perkara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena Lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Kerajaan Negeri Sembilan di Dewan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here