MyKampung Fresh Mart tawar promosi istimewa sempena pembukaan cawangan baharu esok

0
281
Firdaus bergambar di hadapan cawangan baharu MyKampung Fresh Mart

CYBERJAYA – Cawangan kedua pasar raya milik pendakwah terkenal, Firdaus Wong Wai Hung iaitu MyKampung Fresh Mart akan dibuka di Seksyen 7, Shah Alam esok.

Menurut Firdaus, sempena pembukaan esok pelbagai tawaran istimewa termasuk ayam seekor semurah RM1 menanti pengunjung.

“Barangan lain yang dijual dengan harga promosi RM1 ialah Maggi perasa kari atau ayam), ikan kembung (had tiga kilogram seorang), bawang merah seberat 500 gram, tembikai dan nenas.

“Selain itu, bagi setiap pembelian produk Saji, Adelia atau Seri Pelangi, sahabat akan diberikan ‘non-woven bag’ beserta dua paket Mi Saji secara percuma,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, bagi pembelian melebihi RM50 pelanggan juga akan diberikan pek Adabi bernilai RM7 secara percuma.

Lebih menarik katanya, bagi pembelian RM80 dan ke atas, pelanggan akan diberikan 100gm ‘Texas Style Smoked Brisket’ Balak.Co secara percuma.

Antara barangan promosi RM1

“Banyak lagi promosi yang tidak masuk akal menanti sahabat semua. Jom ajak ahli keluarga, sanak saudara, jiran tetangga dan orang kampung untuk datang ke pembukaan MyKampung Fresh Mart Seksyen 7 Shah Alam pada esok.

“Pasar raya ini akan dibuka bermula 8 pagi hingga 10 malam,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here