Nabila Razali kini jadi usahawan kek lapis

0
230
Nabila menunjukkan kek lapis premium keluarannya kepada Datuk Seri Dr Wan Junaidi

CYBERJAYA – Penyanyi terkenal, Nabila Razali kini mula berjinak-jinak sebagai usahawan dengan mengeluarkan produk kek lapis premium.

Menerusi satu hantaran dalam laman Facebook milik Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, menerima kunjungan Nabila bersama wakil daripada syarikat Big Mouth untuk memperkenalkan produk berkenaan.

“Sebentar tadi, penyanyi dan pelakon, Nabila Razali dan wakil-wakil dari syarikat Big Mouth telah membuat kunjungan hormat ke pejabat saya. Mereka baharu sahaja melancarkan produk kek lapis premium.

“Rekaan ‘packaging’ kek lapis ini amat unik. Saya pasti ia akan menarik minat ramai orang untuk membeli,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, Wan Junaidi juga melahirkan perasaan bangga dengan idea perniagaan baharu ditonjolkan itu.

Kotak bungkusan kek lapis Sarawak hasil inovasi syarikat Big Mouth

Malah, Wan Junaidi turut memuji strategi perniagaan Big Mouth yang berkolaborasi dengan berkolaborasi bersama artis dalam menghebatkan lagi pemasaran produk.

Sementara itu, Nabila yang juga pelantun lagu Peluang Kedua melahirkan perasaan terima kasih di atas kesudian pihak menteri menerima kehadirannya dan rombongan.

“Alhamdulillah, rezeki hari ini. Terima kasih yang berhormat menteri di atas keluangan masa dan menerima kunjungan saya dan team Big Mouth.

“Berkat hari pertama Ramadan 1442 hijrah, semoga Allah SWT memberkati segala usaha kami di Big Mouth,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here