Nahas feri: 5 terbunuh, berpuluh masih hilang

0
153

DHAKA – Sebuah feri yang membawa lebih 50 penumpang dilaporkan karam selepas berlanggar dengan sebuah kapal membawa kargo di Sungai Shitalakhsyaa di selatan Dhaka, semalam.

Menurut pihak berkuasa, setakat ini 5 mangsa disahkan terbunuh manakala ramai lagi masih hilang.

Reuters melaporkan, feri itu sedang dalam perjalanan ke bandar Munshiganj sebelum nahas tersebut berlaku.

“Sebahagian penumpang yang terselamat berjaya berenang ke tebing,” kata jurucakap polis, Kabir Hossain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here