[VIDEO] Nahas kereta api di Taiwan, puluhan penumpang dikhuatiri maut

0
723

TAIPEI – Sebuah kereta api ekspres 408 Taroko Express yang membawa 350 penumpang dilaporkan tergelincir dalam sebuah terowong, awal pagi tadi.

Menurut The Guardian, operasi menyelamat mangsa yang terperangkap kini sedang dijalankan.

PULUHAN DIKHUATIRI TERBUNUH DALAM NAHAS KERETA API DI TAIWAN!

Namun, menurut pasukan penyelamat, mereka menjangkakan angka korban kemalangan ini mungkin mencecah ‘angka puluhan’ berikutan sebahagian gerabak yang terlibat ‘remuk teruk’.

Setakat ini, kira-kira 100 penumpang yang tersepit dalam gerabak hadapan sudah dikeluarkan.

Difahamkan, kereta api yang sedang dalam perjalanan ke bandar Taitung itu tergelincir daripada landasan ketika sedang melalui sebuah terowong di utara Hualien.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here