Nahas kereta api Taiwan: Lori tergelongsor ke landasan kira-kira seminit sebelum kejadian

0
102

TAIPEI – Sebuah lori yang menjadi punca nahas kereta api di Taiwan pada minggu lepas didapati menggelongsor ke landasan kira-kira seminit sebelum pelanggaran itu berlaku.

Menurut Reuters, perkara itu disahkan oleh pihak kerajaan Taiwan yang turut mendedahkan rakaman kamera keselamatan yang terdapat di dalam kereta api 480 Taroko Express itu.

“Berapa banyak masa sebelum pelanggaran itu terjadi? Hanya kira-kira satu minit,” kata Pengerusi Badan Keselamatan Pengangkutan Taiwan, Young Hong-tsu dalam satu sidang akhbar, hari ini.

Beliau turut menambah, pemandu kereta api malang itu tidak mempunyai masa yang cukup untuk memperlahankan kereta api dan mengelakkan kejadian itu daripada berlaku.

Pemandu kereta api itu merupakan salah seorang daripada 50 mangsa yang terbunuh dalam kejadian yang dianggap sebagai terburuk dalam sejarah sistem pengangkutan Taiwan.

Difahamkan, ketika kejadian, kereta api itu sedang bergerak pada kelajuan 120 kmj.

Pasukan penyiasat merumuskan kereta api itu memerlukan jarak sejauh 600 meter (m) atau 16.6 saat untuk diberhentikan sepenuhnya, namun berdasarkan rakaman, pemandu kereta api itu hanya mempunyai masa selama 6.9 saat untuk menghentikan kenderaannya kerana jarak kereta api dan lori itu hanyalah 250m sahaja.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here