Nahas kereta api Taiwan: Pasukan penyelamat giatkan usaha keluarkan mayat mangsa terakhir

0
45

TAIPEI – Pasukan penyelamat sedang berusaha mengeluarkan mayat mangsa terakhir nahas kereta api 408 Taroko Express, hari ini.

Menurut pasukan penyelamat, mayat mangsa yang identitinya tidak didedahkan itu terperangkap di bawah rangka gerabak seberat 15 tan.

“Operasi menyelamat ini amat sukar dan besar kemungkinan akan memakan masa lagi,” kata jurucakap jabatan bomba Hualien.

Nahas yang berlaku pada Jumaat lalu itu mengorbankan 50 penumpang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here