Nash cedera kereta dinaiki terbabas

0
252
GAMBAR MEDIA SOSIAL

CYBERJAYA – Artis lagenda, Nash dilaporkan cedera dalam satu kemalangan di Kilometer 250.8 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara, petang tadi.

Dalam kejadian pada pukul 4 petang itu, kenderaan yang dinaiki Nash atau nama sebenarnya Datuk Nashrudin Elias, 62, dipercayai terbabas sendiri dan tidak membabitkan kenderaan lain.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim, susulan kejadian, Nash yang mengalami sedikit kecederaan di muka dan mengalami sakit dada dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di Seremban bagi menerima rawatan.

“Mangsa dalam perjalanan dari arah Johor ke Kuala Lumpur bersama pemandunya.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, kenderaan mangsa melanggar lopak air menyebabkan hilang kawalan lalu terbabas melanggar tembok penghadang jalan di sebelah kiri lebuh raya,” kata Mohd. Said.

Tambah Mohd. Said, pemandu kenderaan tersebut yang berumur 33 tahun pula mengalami kecederaan luka-luka ringan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here