New Delhi ‘lockdown’ selama 6 hari

0
52
Suasana dalam sebuah wad rawatan Covid-19 di Hospital Lok Nayak Jai Prakash (LNJP) di New Delhi. – REUTERS

NEW DELHI – Ibu negara India, New Delhi akan dikenakan ‘lockdown’ mulai malam ini.

Menurut Reuters, arahan ‘lockdown’ selama 6 hari itu diumumkan oleh Ketua Menteri Delhi, Arvind Kejriwal hari ini.

Kata Kejriwal, sistem kesihatan bandar raya itu kini berada dalam keadaan meruncing akibat penularan Covid-19 yang semakin di luar kawalan.

Beliau menambah, selain kekurngan katil bagi menempatkan pesakit, hospital-hospital di bandar raya itu turut mengalami kekurangan bekalan oksigen, dan ubat anti-viral seperti Remdesivir yang diperlukan bagi merawat pesakit yang mengalami komplikasi serius.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here