New Zealand, Australia wujudkan gelembung perjalanan mulai 19 April

0
41

WELLINGTON – New Zealand akan memulakan gelembung perjalanan bersama Australia mulai 19 April ini.

Menurut Reuters, perkara tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern, hari ini.

Mulai tarikh tersebut, mana-mana pengembara dari New Zealand ke Australia, atau sebaliknya, tidak lagi perlu menjalani perintah kuarantin sebaik tiba di lokasi.

Kata Ardern, syarat-syarat utama bagi mewujudkan perjalanan bebas kuarantin dengan Australia telah berjaya ditepati.

“Kejayaan pasukan kita dalam mengekang penularan Covid-19 merupakan kunci utama dalam memenuhi syarat ini.

“Ini membuka peluang untuk kita kembali bertemu dengan saudara mara kita yang terpisah selama ini,” kata Ardern dalam satu sidang akhbar, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here