Pakar bedah buah pinggang pertama negara meninggal dunia

0
793
Datuk Dr. Hussein Awang

CYBERJAYA– Pakar urologi yang menjalankan pembedahan pemindahan buah pinggang pertama dalam negara, Datuk Dr. Hussein Awang meninggal dunia.

Allahyarham meninggal dunia di Hospital Pakar KPJ Tawakkal pada pukul 11.27 malam semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan di laman Facebooknya hari ini mengucapkan takziah kepada anak Allahyarham, Datuk Dr. Zanariah Hussein dan ahli keluarganya.

“Salam Takziah kepada Datuk Dr Zanariah Hussein dan keluarga diatas pemergian ayahandanya Dr Hussein Awang di Hospital Tawakkal jam 11.27 malam tadi.

“Beliau adalah seorang pakar urology yang banyak berjasa dan terulung serta merupakan pakar pertama nenjalankan pemindahan buah pinggang dalam negara.

“Takziah juga kepada Tan Sri Yahya Awang dan kelluarga atas kehilangan abangnya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here