Pakistan: 4 terbunuh serangan bom bunuh diri

0
34

LAHORE – Sekurang-kurangnya empat individu terbunuh dalam satu serangan bom bunuh diri di sebuah hotel di tenggara Pakistan, awal pagi tadi.

Menurut AFP, bom itu dipercayai diletakkan dalam sebuah kereta yang diletakkan di kawasan parkir Hotel Serena di bandar Quetta.

Difahamkan, Duta China ke Pakistan, Nong Rong bersama kakitangan kedutaan China menginap di hotel itu ketika kejadian.

“Ketika kejadian, Duta China dan kakitangannya tidak berada di hotel kerana menghadiri mesyuarat di lokasi lain,” kata kata Menteri Dalam Negeri Pakistan, Sheikh Rashid Ahmad.

Sheikh Rashid turut mengesahkan sekurang-kurangnya 4 individu terbunuh manakala 12 lagi tercedera dalam insiden itu.

Setakat ini, pihak Taliban telah mengaku bertanggung jawab melakukan serangan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here