Peluang untuk menjadi usahawan Malakat Grocer masih di buka

0
1060
Orang ramai yang hadir menunggu giliran berbelanja di Malakat grocer Alam Damai.

CHERAS – Malakat Grocer Alam Damai di sini menjadi cawangan kedua yang diusahakan bersama usahawan luar selepas Malakat Grocer Kota Warisan di Sepang.

Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim berkata, usahawan luar berkenaan menjadi rakan kongsi bersama Kumpulan Malakat dengan modal RM150,000.

Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim berucap ketika majlis pembukaan Malakat Grocer Alam Damai hari ini

Beliau berkata, Malakat Grocer Alam Damai dibangunkan dengan kerjasama usahawan, Khairul Anwar Mohamed Mustafa yang tinggal di Bandar Mahkota Cheras.

“Khairul Anwar ikut perkembangan kita sudah lama, sebelum ini beliau jual ikan pekasam dan buat macam-macam. Dia juga bakal pesara TUDM selepas berkhidmat 24 tahun.

“Beliau nampak peluang dan minta diberikan peluang untuk bersama-sama kita di Malakat Grocer,” katanya ketika ditemui Malakat Tribune hari ini.

Pelanggan yang hadir membeli barangan di Malakat Grocer Alam Damai.

Mengulas lanjut, Mohd Fadzil berkata, usahawan seperti Khairul Anwar hanya perlu fokus kepada komuniti di kawasan Malakat Grocer akan di buka sahaja.

“Pasukan kita akan uruskan segalanya, produk kami usahakan dan jenama juga sudah kami bangunkan. Khairul Anwar nampak dan rebut peluang ini,” katanya.

Sementara itu katanya, kerjsama melahirkan usahawan itu membuktikan Malakat Mall benar-benar berusaha bantu wujudkan usahawan dan membimbing mereka.

“Dia (usahawan) bukan bukak kedai kami beri barang sahaja, kami ‘setup’ pasukan, bangunkan sistem dan sebagainya. Rakan usahawan selesaikan isu tempatan dan kariah setempat,” katanya.

ANtara barangan di Malakat Grocer Alam Damai

Dalam pada itu katanya, Kumpulan Malakat masih membuka peluang kepada mana-mana individu yang berminat untuk menjadi rakan usahawan.

“Kita alu-alukan kepada mereka yang berminat, kita mahu buka 1,000 cawangan Malakat Grocer, ini fardu kifayah untuk bina dan wujudkan kedai orang Islam,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here