Penang FC vs Sri Pahang: Tak sampai seminit masuk sudah jaringkan gol

0
301
Jafri Chew yang masuk pada minit ke-90 perlawanan tidak menunggu lama untuk menjaringkan gol ketiga Penang FC

GEORGETOWN – Tidak sampai seminit dimasukkan sebagai pemain gantian, penyerang Penang FC, Jafri Firdaus Chew berjaya menjaringkan gol ketiga pasukan Harimau Kumbang itu bagi menewaskan pasukan Sri Pahang dengan keputusan 3-0.

Jafri yang masuk menggantikan penyerang import, Sheridin Boboev pada minit ke-90 perlawanan terus berjaya menjaringkan gol melalui satu tandukan susulan selepas Wan Faiz Wan Sulaiman menanduk bola ke tengah gol sebelum disudahi oleh pemain nombor 7 Penang FC itu.

Bekas pemain kebangsaan itu yang baru kali kedua dibawa masuk sebagai pemain gantian terus menceriakan penonton Penang FC yang selama ini menunggu aksi sebenar beliau di atas padang.

Keputusan perlawanan antara Penang FC dan Sri Pahang

Terdahulu, Penang FC mendahului perlawanan dengan 2 gol selepas ketua pasukan skuad Harimau Kumbang, Endrick Dos Santos Parafita dan Muhamad Danial Ashraf Abdullah masing-masing menghadiahkan gol pada separuh masa perlawanan.

Jaringan gol ketiga Penang FC itu terus merentap semangat melawan Sri Pahang FC pada separuh masa kedua yang berharap dapat bangkit semula.

Bagaimanapun, pasukan kendalian Dollah Salleh itu terus lesu dan hilang punca sehingga menyaksikan pasukan Tok Gajah itu hanya berada di tangga kedua bawah liga di belakang UiTM FC dengan hanya lima mata.

Sri Pahang yang sebelum ini tewas 2-0 dengan JDT pada minggu lalu melaungkan amaran untuk menjadikan perlawanan dengan Penang FC sebagai kebangkitan semula mereka.

Menurut Dollah kehadiran semula tonggak pertahanan import, Herold Goulon yang seblum ini mengalami kecederaan akan menambah sengat pasukan Tok Gajah itu.

Bagaimanapun semua seperti tidak menjadi kepada pasukan Sri Pahang apabila jentara tengah dan serangannya gagal menghasilkan sebarang percubaan berbahaya terutamanya pada separuh masa pertama perlawanan.

Sri Pahang hanya berjaya memberi sedikit tentangan pada separuh masa kedua, namun jaringan ketiga oleh Jafri terus melenyapkan sisa-sisa semangat pasukan Tok Gajah itu.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here