Penerima suntikan lengkap kini berjumlah 287,737 orang

0
49
Dr. Adham Baba

KUALA LUMPUR – Seramai 287,737 individu dalam kumpulan fasa pertama penerima vaksin Covid-19 di negara ini telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin setakat semalam.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, bagi tempoh sama, 514,036 individu telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua vaksin Covid-19 di negara kini berjumlah 801,773.

Menerusi infografik yang dikongsikan dalam laman Twitter rasminya hari ini, Dr. Adham berkata, Selangor kekal sebagai negeri tertinggi menerima suntikan dos pertama vaksin sebanyak 71,405, diikuti Sarawak (53,598) dan Perak (50,378).

Sabah pula merekodkan 46,562, Kuala Lumpur (44,925), Johor (42,214), Pahang (34,758), Pulau Pinang (33,688), Kedah (31,115), Terengganu (25,167), Negeri Sembilan (24,874), Kelantan (22,717), Melaka (14,633), Perlis (9,858), Putrajaya (5,421) dan Labuan (2,723).

Sementara itu, Selangor turut mencatat jumlah individu paling ramai telah melengkapkan kedua-dua dos suntikan vaksin Covid-19 iaitu 35,255, diikuti Perak (30,793).

Sarawak mencatatkan 27,281, Kuala Lumpur (26,637), Sabah (26,563), Pahang (23,705), Johor (22,138), Kedah (17,493), Kelantan (15,703), Pulau Pinang (15,431), Terengganu (14,224), Negeri Sembilan (12,041), Melaka (7,712), Perlis (6,668), Putrajaya (3,774) dan Labuan (2,319).

Dalam pada itu, Dr Adham berkata, jumlah pendaftaran untuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan adalah seramai 7,906,913 atau 32.6 peratus dengan Selangor kekal merekodkan angka tertinggi sebanyak 2,155,809 pendaftaran.

Mengikut perancangan program imunisasi berkenaan, tempoh pelaksanaan fasa pertama pemberian vaksin yang bermula Februari hingga April ini akan melibatkan 500,000 anggota barisan hadapan termasuk petugas kesihatan.

Program akan diteruskan bagi fasa kedua yang dijangka bermula April hingga Ogos tahun ini melibatkan 9.4 juta warga emas berusia 60 tahun ke atas serta kumpulan rentan dengan masalah morbiditi, selain orang kurang upaya.

Sementara fasa ketiga yang dijadualkan bermula Mei hingga Februari 2022 adalah untuk kumpulan individu berusia 18 tahun dan ke atas dengan sasaran kira-kira 14 juta orang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here