
ABU DHABI: Majlis Fatwa Emiriah Arab Bersatu (UAE) semalam menegaskan pengambilan vaksin Covid-19 dibenarkan dalam Islam dan tidak membatalkan puasa.
Penegasan itu dibuat selepas mesyuarat yang dianjurkan secara maya mengenai fiqh puasa termasuk garis panduan dan peraturan yang ditetapkan dalam al-Quran dan al-Sunnah.
Menurut laporan Emirates News Agency, Majlis Fatwa UAE yang dipengerusikan Shaykh Abdallah Bin Bayyah mengkaji peraturan agama berhubung langkah pencegahan bagi mengekang pandemik Covid-19.
Kajian berkenaan membabitkan perkara berkaitan dengan pengaturan juadah Iftar dan khemah Ramadan serta solat tarawih.
Kenyataan rasmi secara terperinci akan dikeluarkan Majlis Fatwa UAE dalam taklimat media mengenai Covid- 19 dalam masa terdekat.