Penutupan sekolah di 7 daerah di Kelantan dilanjutkan

0
35
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (JPN) memutuskan untuk melanjutkan penutupan sekolah di tujuh daerah di negeri ini sehingga 1 Mei ini, susulan peningkatan kes Covid-19.

Pengarah JPN, Zulkernai Fauzi berkata, bagi sekolah di tiga daerah lain iaitu Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang hendaklah beroperasi seperti biasa.

Katanya, bagi tujuh daerah berkenaan, pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) hendaklah diteruskan.

“Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Penyelarasan Khas Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) bagi mengawal penularan COVID-19 yang diadakan pada 21 April mencadangkan pelanjutan tempoh penutupan sekolah di tujuh daerah.

“Mengambil kira cadangan JKKN, JPN memutuskan supaya tempoh penutupan semua sekolah dijajahan terbabit dilanjutkan sehingga 1 Mei.

“Oleh yang demikian, PdPR hendaklah diteruskan,” katanya memetik laporan Berita Harian hari ini.

Beliau berkata, bagi murid yang berada di asrama, mereka perlu terus kekal di asrama masing-masing.

Media sebelum ini melaporkan, semua sekolah di tujuh daerah di Kelantan ditutup mulai 18 sehingga 24 April.

Ia membabitkan daerah Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Bachok, Machang, Tumpat dan Tanah Merah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here