Penyerang langgar halangan bangunan Capitol disahkan sakit mental

0
47

WASHINGTON – Pemandu kereta yang merempuh halangan keselamatan dan menyerang polis di bangunan Capitol pada Jumaat lalu disahkan menghidap penyakit mental.

Dalam serangan itu, seorang anggota polis maut, manakala seorang lagi tercedera.

Penyerang tersebut turut menemui ajal setelah ditembak oleh anggota lain.

Menurut AP, suspek dikenal pasti sebagai Noah Green berumur 25 tahun, mengalami masalah delusi, paranoia dan cenderung membunuh diri.

Namun, kata pihak berkuasa, siasatan masih dilakukan bagi mengenal pasti punca kejadian serangan itu.

Sementara itu, pemangku Ketua Polis Capitol, Yogananda Pittman memberitahu pihak media, anggota pokis yang terbunuh dalam kejadian itu dikenal pasti sebagai William ‘Billy’ Evans, yang telah berkhidmat selama 18 tahun dengan unit berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here