Perasmian Malakat Mall Masjid Tanah: Kemeriahan mula terasa

0
91
Pelbagai promosi menarik ditawarkan sempena perasmian Malakat Mall Masjid Tanah hari ini.

MASJID TANAH – Orang ramai berpusu-pusu membanjiri Malakat Mall di sini kira-kira sejam sebelum perasmian pusat membeli-belah itu hari ini.

Majlis perasmian yang akan disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali itu dijangka berlangsung pada pukul 1 petang ini.

Malakat Mall Masjid Tanah yang memulakan operasi pada 13 Mac lalu merupakan cawangan kedua pusat beli belah milik Kumpulan Malakat selepas cawangan utama di Cyberjaya. 

Perasmian akan dimeriahkan dengan persembahan silat, alunan zikir dan selawat oleh kumpulan pelajar tahfiz, bacaan doa dan penyampaian bantuan kepada anak-anak yatim.

Sempena perasmian hari ini, Malakat Mall menawarkan pelbagai promosi menarik termasuk peluang membeli ayam pada harga RM5 seekor, 10 biji telur (RM3), agihan beras percuma dan potongan harga istimewa bagi produk-produk jenama mall itu.

Majlis diserikan dengan kehadiran Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim dan pihak pengurusan tertinggi Kumpulan Malakat yang mengenakan busana tradisional Melayu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here