Perdana Menteri Belanda selamat daripada usul undi tidak percaya di Parlimen

0
58
Mark Rutte

AMSTERDAM – Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte hari ini terselamat daripada undi tidak percaya yang dikemukakan oleh pembangkang bagi memaksanya meletakkan jawatan.

Rutte yang mendapat majoriti 78 undi berdepan tamparan hebat apabila Parlimen meluluskan usul menolak pembentukan kerajaan baharu selepas beliau didapati tidak berkata benar ketika perbincangan bagi membentuk kerajaan.

“Parlimen menyampaikan mesej yang jelas dan saya akan lakukan yang terbaik bagi meraih semula keyakinan.

“Ini adalah perkara serius dan saya memohon maaf,” kata Rutte yang dipetik daripada laporan Agensi.

Meskipun selamat daripada usul berkenaan, kredibiliti Rutte terus merudum selepas didakwa tidak berkata benar ketika perbincangan bagi membentuk kerajaan.

Pada Januari lalu, Rutte meletak jawatan susulan skandal kebajikan kanak-kanak yang membawa ancaman kepada ketidakstabilan politik.

Ribuan ibu bapa sebelum ini didakwa secara salah oleh pihak berkuasa Belanda kerana tidak sengaja menuntut elaun anak, dengan kebanyakan mereka terpaksa membayar balik sejumlah besar wang yang akhirnya memusnahkan kewangan mereka.

Susulan itu, Rutte yang merupakan pemimpin paling lama berkhidmat di Eropah sejak 2010 berkata, Kabinetnya akan berperanan sebagai kerajaan sementara bagi memantau pemulihan Covid-19 hingga pilihan raya pada pertengahan Mac lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here