Pereka grafik kontroversi ditahan berhubung penghinaan Permaisuri Agong

0
528

KUALA LUMPUR – Polis menahan pereka grafik kontroversi, Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menghina Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Penahanan Mohd Fahmi yang popular dengan seni visual subversif di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi itu tular melalui Twitter, semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan Fahmi Reza telah ditahan.

“Saya sahkan dia ditahan di IPD Dang Wangi, tetapi kes disiasat oleh Bukit Aman,” katanya tanpa mengulas lanjut mengenai kes yang disiasat terhadap Fahmi Reza.

Pada Khamis lalu, Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari menggesa kerajaan mengambil tindakan terhadap seorang pengguna laman sosial Facebook yang didakwa menghina Raja Permaisuri Agong.

Tangkap layar kenyataan Ahmad Fadhli Shaari di Facebooknya.

Menurutnya, individu yang menggunakan nama Fahmi Reza bertindak demikian melalui satu entri yang dipercayai menghina Raja Permaisuri Agong dengan perkataan ‘This is dengki ke?’

Ahmad Fadhli yang juga Timbalan Ketua Pemuda Pas berkata, pihaknya telah melakukan pemantauan dan sememangnya individu berkenaan dipercayai sudah banyak kali menghasilkan lakaran kartun yang mengganggu sensitiviti perkauman dan agama masyarakat majmuk.

Pada 2016, Mohd Fahmi pernah didakwa memulakan penghantaran komunikasi karikatur badut yang menyindir bekas pemimpin negara dengan niat menyakitkan hati.

Karikatur badut yang dihasilkan Mohd Fahmi untuk mengkritik ahli politik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here