Perkhidmatan LRT laluan Sri Petaling alami gangguan

0
114
GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan LRT laluan Sri Petaling mengalami sedikit gangguan apabila berlaku insiden pokok tumbang menghalang laluan.

Menurut ciapan di akaun Twitter AskRapidKL, insiden itu berlaku di laluan antara Stesen Maluri dan Stesen Pandan Jaya.

“Sementara itu, laluan antara Chan Sow Lin dan Cheras menghala ke Sri Petaling turut terhalang akibat dahan pokok yang jatuh ke landasan.

“Para penumpang dinasihatkan untuk mendapatkan pengangkutan alternatif buat masa ini,” kata RapidKL di ciapan tersebut.

Difahamkan, pada masa ini kerja-kerja pembersihan sedang dilakukan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here