Peserta Seminar Rantaian Bekalan Halal terima penerangan mengenai ekosistem ekonomi Muslim

0
163

CYBERJAYA – Malakat Mall hari ini menjadi tuan rumah kepada para peserta bengkel Seminar Rantaian Bekalan Halal anjuran HAL Fintech Advisory (HFA).

Kira-kira 60 peserta bengkel tersebut diberi penerangan mengenai matlamat penubuhan dan perjuangan Malakat Mall, dan berkongsi pengalaman dalam membentuk ekosistem ekonomi Islam

Selain itu, para peserta turut diberi penerangan mengenai teknologi blockchain yang sedang dibangunkan oleh Kumpulan Malakat.

Antara yang hadir memberi taklimat termasuk Ketua Pegawai Teknikal Kumpulan Malakat, Mohamad Azarul Hakim Ibrahim yang membicarakan tentang keperluan dan pengaplikasian blockchain dalam rantaian bekalan halal; dan Pegawai Pembangunan Vendor Malakat Mall, Noor Herdawaty Zakaria mengenai peluang bagi vendor dalam memasarkan produk mereka dan menembusi pasaran pelanggan.

Pegawai Pembangunan Vendor Malakat Mall, Noor Herdawaty Zakaria menyampaikan taklimat kepada para vendor di Malakat Mall.

Menurut Badrul Khair dari HFA, seminar ini merupakan satu usaha dalam meberi pendedahan kepada B40, usahawan mikro dan anak muda bagi menceburi bidang lojistik halal.

“Kami memilih Malakat Mall sebagai salah satu lokasi seminar diadakan bagi para peserta melihat dan memahami sendiri modul yang dikongsikan kepada mereka.

“Bagi kami, Malakat Mall merupakan manifestasi pengurusan lojistik halal yang dikelola oleh Muslim (sendiri),” kata Badrul yang ditemui sejurus tamat seminar berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here