Pindah terminal bayaran kepada Malakat Eco

0
254
Mohd. Fadzil Hashim dan juga Pengerusi MyWorld Rewards (M) Sdn. Bhd., Datuk Mohd Khalid Harun dalam majlis menandatangani MoU di Malakat Mall Cyberjaya.

CYBERJAYA- Kumpulan Malakat hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi menjalinkan kerjasama strategik dengan MyWorld Holding Berhad.

Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim berkata, kerjasama berkenaan ialah bagi penyediaan kemudahan terminal bayaran Malakat Eco. 

Mohd Fadzil berkata, Malakat Eco akan memudahkan pelanggan untuk membuat pembayaran melalui kad kredit, kad debit dan juga e-wallet terkemuka.

“Hari ini juga merupakan sejarah terpenting buat kita, sudah lama berbincangan dengan MyWorld untuk realisasikan kerjasama ini, Alhamdulillah akhirnya terlaksana.

Malakat Eco juga akan membuka peluang kepada Program Pembangunan Usahawan

“Ikut pengalaman saya, setakat ini belum ada lagi penyedia terminal bumiputera,” katanya ketika berucap dalam menandatangani MoU berkenaan.

MoU berkenaan ditandatangani oleh Mohd. Fadzil dan juga Pengerusi MyWorld Rewards (M) Sdn. Bhd., Datuk Mohd Khalid Harun di Malakat Mall Cyberjaya.

Menurut Mohd. Fadzil, Malakat Eco Pay memberi kemudahan dengan menyediakan perniagaan dengan pilihan pembayaran yang fleksibel kepada pelanggan.

Selain itu katanya, melalui kerjasama itu juga, Kumpulan Malakat akan menawarkan Program Pembangunan Usahawan melalui Malakat Eco.

“Kita tawarkan peluang ‘full time dan part time’, buat kempen pindah terminal bayaran kepada Malakat Eco Pay. Kita juga akan perkenalkan Malakat Eco Kad Prepaid.

Malakat Eco akan memberikan pelabagai kemudahan pembayaran kepada para pelanggan

“Ini merupakan salah satu usaha kita untuk bebas dan keluar daripada riba, perlun ingat bahawa akaun debit lain, biasanya ada riba dan yang kita wujudkan ini bebas riba.

“Bagi pendaftaran program pembangunan usahawan ini, kita akan umum dan buka dalam masa terdekat. Ini adalah peluang untuk kita sama-sama berjaya,” katanya.

Dalam pada itu katanya, anggaran saiz pasaran terminal pembayaran ialah sebanyak 600,000 pada tahun ini dan dijangka melonjak ke 1.2 juta adroid terminal pada 2025.

“Pada anggaran pada 2025, jika kita dapat capai 100,000 terminal Malakat Eco itu sudah cukup baik. Semua in akan tercapai dengan kerjsama usahawan-usahawan.

“Sasaran utama Malakat Eco ‘merchant’ ialah e-wallet, kad pra bayar, kad kredit, kad debit, jual beli atas talian dan juga pembelian di kedai,” katanya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here