PKPD di beberapa lokasi di Sabah, Pahang mulai esok

0
83
Ismail Sabri Yaakob

CYBERJAYA – Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di empat perkampungan di daerah Temerloh, Pahang bermula dari 14 April hingga 27 April 2021.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ia melibatkan Kampung Paya Pulai Tengah, Kampung Pulau Terap, Paya Pulai-Kampung Batu 4 dan Paya Pulai-Kampung Batu 5, Jalan Maran.

Beliau berkata, perintah itu dilaksanakan selepas Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti berkenaan.

“Sebanyak 16 kes Covid-19 dikesan daripada 234 ujian saringan yang dilakukan.

Sementara itu katanya, kerajaan akan melaksanakan PKPD di Sabah iaitu di Pasar Sim-Sim dan perumahan Sim-Sim, Mukim Berhala serta Kampung Sungai Obar, Batu 7, Mukim Sentosa di Sandakan; Taman Villa Mas, Tawau; dan Kampung Melangkap Tomis, Kota Belud.

Bagi PKPD di Pasar Sim-Sim dan perumahan Sim-Sim, serta Kampung Sungai Obar, KKM sudah melaksanakan 38 ujian saringan di kawasan perumahan Sim-Sim dan daripada jumlah itu, sebanyak 17 kes positif Covid-19 direkodkan serta 46 ujian saringan dilakukan di Kampung Sungai Obar dan 10 kes positif direkodkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here