PKPD di SMKA dan Maahad Tahfiz di Johor dan Kelantan

0
87
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

CYBERJAYA – Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Johor Bahru dan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah, Banggol Chicha, Pasir Mas akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula esok sehingga 6 Mei 2021.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan,  pelaksanaan PKPD itu diambil berikutan laporan peningkatan kes Covid-19 secara mendadak oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di dua lokaliti tersebut

“Sehingga kini, KKM telah melaksanakan 228 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 13 kes positif COVID-19 telah direkodkan di SMKA Johor Bahru.

“Sementara di Maahad Tahfiz Al-Quran, Al-Asriah, Banggol Chicha, Pasir Mas, KKM telah melaksanakan 46 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 28 kes positif COVID-19 telah direkodkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut mengumumkan penamatan PKPD di empat lokaliti di dua buah negeri.

“Ia adalah di penamatan PKPD Institut Latihan Perindustrian (ILP) Taman Permata dan Taman Seri Labuk, Sandakan dan Kampung Gayang, Tuaran, Sabah.

“Sementara satu lagi adalah di Ladang Leepang, Ladang Laukin dan Kampung Inoi, Rompin, Pahang. PKPD Ladang Leepang, Ladang Laukin dan Kampung Inoi, Rompin, Pahang pada 23 April ditamatkan lebih awal daripada dijadualkan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ismail Sabri memaklumkan, sebanyak 200 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP).

“Daripada jumlah itu, seramai 198 individu dikenakan kompaun manakala dua lagi direman. Antara kesalahan direkodkan ialah tidak memakai pelitup muka (53), gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis (46), tiada penjarakan fizikal (44), aktiviti pusat hiburan (28) dan lain-lain (29),” katanya.

Dalam pada itu katanya, Op Benteng pada Rabu telah menangkap enam orang pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas sembilan kenderaan darat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here