PM mahu KPDNHEP, agensi berkenaan pantau kenaikan harga barang

0
46
Tan Sri Muhyiddin Yassin

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan agensi yang berkaitan diarah berganding bahu melakukan pemantauan bagi mengawal kenaikan harga barangan di pasaran.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu berkata, langkah itu perlu bagi memastikan segala tindakan pihak yang menekan dan membebankan pengguna dapat dibanteras secara berkesan.

Beliau berkata, dalam memastikan usaha pencegahan itu dapat dilakukan secara menyeluruh, orang ramai juga diminta memainkan peranan dengan menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa.

“Kerajaan menyedari tindakan sebilangan pemborong atau peniaga yang mengambil kesempatan dengan sewenangnya menaikkan harga barangan keperluan pada musim-musim tertentu.

“Sejak akhir-akhir ini kita sering mendengar banyak keluhan daripada rakyat mengenai dakwaan kenaikan harga barangan keperluan utama apabila datangnya bulan Ramadan dan kelak apabila menjelangnya musim perayaan.

“Kenaikan harga barang sudah tentunya membebankan pengguna, terutamanya golongan berpendapatan rendah, peniaga dan penjaja kecil,” katanya ketika berucap selepas melawat Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) KPDNHEP di sini pada Jumaat.

Dalam pada itu, Perdana Menteri menyambut baik tindakan KPDNHEP melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) yang bermula pada 21 April lepas.

“Ia adalah salah satu langkah menyekat kenaikan harga barangan keperluan semasa bulan Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri kelak,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here