Polis buka siasatan kemunculan semula Geng Lanun Merah Black Maria 360

0
194
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan berhubung dakwaan kemunculan kembali Geng Lanun Merah Black Maria 360.

Geng berkenaan disyaki mengendalikan aktiviti pembuangan sisa toksik berjadual, pengedaran dadah dan penyeludupan pendatang tanpa izin di sekitar Klang.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, perkara berkenaan ditimbulkan kembali dan arahan siasatan telah dikeluarkan.

“Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed diarahkan kembali membuat pemantauan dan siasatan dalam kes ini.

“Kami dalam masa sama masih menunggu sebarang hasil siasatan yang dilakukan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2020 PDRM di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman semalam.

Sebelum ini, media melaporkan kumpulan berkenaan yang dianggotai tidak kurang 500 menjadi kumpulan kongsi gelap yang menguasai pelbagai kegiatan jenayah di kawasan Klang, Selangor.

Ekoran itu, JSJ akan menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat kumpulan terbabit yang aktif sejak 2013 yang dikatakan turut didalangi seorang pegawai kanan polis wanita.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here