Polis kesan borang rentas negeri dipalsukan dengan tandatangan ketua balai

0
139
Surat rentas negeri yang tular dalam media sosial hari ini yang disahkan dipalsukan

CYBERJAYA – Polis mengesan sekeping borang rentas negeri kosong yang dipalsukan dengan tandatangan Penolong Ketua Balai Polis Seksyen 6 Shah Alam, Sarjan Mejar Mohd Fadzli Ali hari ini.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay anak Embol, siasatan awal surat yang tular di media sosial itu mendapati terdapat pemalsuan tandatangan ketua polis balai itu.

“Satu kertas siasatan polis dibuka mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu tular borang rentas negeri dengan tulisan “Thank you tolong kali kedua, xyah beratur panjang-panjang. Ada cable(orang dalam) dah, mudah baseo sney kiro,”.

Borang rentas negeri kosong itu yang milik Balai Polis Seksyen 6 turut mengandungi tandatangan dan mempunyai cop ketua balai.

Sementara itu, sebelum ini tular satu borang rentas negeri kosong dengan tandatangan Ketua Polis Balai Chukai, Kemaman di Terengganu iaitu Inspektor Mohd. Ramizan Ramli yang telah dipalsukan.

Tindakan tidak bertanggungjawab itu telah membangkitkan kemarahan orang ramai dan mahukan tindakan tegas diambil.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here