Polis siasat borang rentas negeri ‘kosong’ sudah bercop lulus

0
105
Gambar borang yang belum diisi tetapi sudah siap bercop yang tular sejak semalam.

CYBERJAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memulakan siasatan berhubung isu borang kebenaran rentas negeri ‘kosong’ yang telah siap bertandatangan seperti tular dalam media sosial semalam.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, siasatan awal yang dijalankan mendapati terdapat pemalsuan tandatangan milik Ketua Polis Balai Chukai, Inspektor Mohamad Ramizan Ramli.

Menurut Hanya, borang rentas negeri tersebut telah diberikan kepada seorang wanita untuk merentas negeri ke Kuala Lumpur untuk menghadiri temuduga mendapatkan pekerjaan yang dijadualkan pada 8 April 2021.

“Satu kertas siasatan polis dibuka di bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan (pemalsuan bagi maksud hendak menipu) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian),” katanya dalam kenyataan semalam.

Dalam hantaran yang tular itu, sekeping gambar mempamerkan borang merentas negeri yang belum diisi tetapi sudah ditandatangai dan dicop oleh pihak polis dengan kapsyen bertulis ‘Dapat info SOP terbaru, Approve dulu baru isi form’.

Gambar yang tersebar di media sosial itu mencetuskan rasa tidak puas nitizen yang menganggap perkara itu tidak sepatutnya berlaku dan mahu pihak yang bertanggungjawab dikenakan hukuman setimpal. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here