Polis & TNB tumpas sindiket Bitcoin curi elektrik

0
46

SERDANG – Kegiatan mencuri bekalan elektrik untuk perlombongan mata wang digital, Bitcoin dibongkar dalam serbuan di enam premis di Seri Kembangan dan Bandar Kinrara, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Mohd Rosdi Daud berkata, serbuan pertama melibatkan tiga premis di Pusat Perdagangan Bandar Putra Permai, Seri Kembangan yang dilakukan pada 8 April lalu

Beliau berkata, dalam serbuan itu polis menahan seorang lelaki dan wanita warga China, dipercayai penjaga premis itu.

Katanya, kedua-dua suspek berumur 32 dan 38 tahun yang tidak mempunyai sebarang rekod perjalanan sah, direman sehingga 28 April untuk siasatan lanjut.

Tambah beliau, dalam serbuan kedua di Jalan Damai 3, Taman Damai Utama, Bandar Kinrara pada Ahad lalu, tiada tangkapan dilakukan.

“Sejumlah 297 mesin lombong dirampas daripada kedua-dua serbuan dengan nilai rampasan dianggarkan lebih kurang RM100,000,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat, selain Seksyen 37(1) Akta Bekalan Elektrik 1990.

Kejadian mencuri bekalan elektrik daripada TNB dalam kalangan pelombong mata wang digital seperti Bitcoin semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir.

Aktiviti itu dipercayai menjadi jalan mudah kepada pelombong untuk mendapat keuntungan berganda tanpa perlu membayar kos operasi alat perkomputer yang berjalan tanpa henti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here