Polis Turki mula operasikan helikopter tempur

0
657

ANKARA – Pasukan polis Turki menjadi pasukan keselamatan awam pertama di dunia yang mengoperasikan helikopter penyerang dalam inventorinya.

Menurut agensi Anadolu, pasukan itu kini dilengkapi dengan 2 buah helikopter T129B ATAK yang dibangunkan oleh Turkish Aerospace.

Helikopter model T129 ATAK dibangunkan berasaskan helikopter buatan Leonardo, A129 Mangusta yang dioperasikan oleh angkatan tentera Itali.

Difahamkan, pasukan polis telah menempah sebanyak 9 buah helikopter itu, yang kini berada dalam Fasa 2 pembangunannya.

Selain dilengkapi dengan sistem pengesanan dan persenjataan terbaharu, helikopter ini turut dilengkapi dengan sistem amaran laser yang dibangunkan oleh firma tempatan, Aselsan.

Memetik kenyataan Ketua Polis Turki, Mehmet Aktas, helikopter dengan dua tempat duduk ini akan digunakan bagi operasi menentang keganasan terutamanya di Diyarbakir, Van, Sirnak dan Hakkari.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here