Puas memilih di Karnival Raya Malakat Mall

0
116
Antara koleksi pakaian kanak-kanak yang dijual di Butik BySerra di Malakat Mall.

CYBERJAYA – Sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini, Malakat Mall menganjurkan Karnival Raya iaitu jualan murah pelbagai jenis kelengkapan dan pakaian raya untuk seisi keluarga.

Karnival Raya melalui kempen ‘Qada Raya’ yang disertai oleh outlet dan butik-butik di Malakat Mall menawarkan potongan harga menarik antaranya dari jenama Tenun, Rahsia, TGM, JojoShoe, Anak Jantan, Eebu, BySerra dan Himawari.

Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim berkata, penganjuran Karnival Raya yang berlangsung sepanjang Ramadan itu menawarkan peluang membeli-belah kepada pelanggan dalam suasana selesa tanpa perlu bersesak seperti di kebanyakan tempat.

Katanya, antara yang paling istimewa pada Karnival Raya itu adalah jualan Sedondong Raya yang menawarkan pilihan Baju Melayu dan Baju Kurung untuk seisi keluarga.

“Untuk memenuhi citarasa orang kita pada musim raya, kita sediakan set sedondong dengan pilihan 15 jenis warga untuk dipilih.

“Untuk pembelian Baju Melayu sahaja, kita tawarkan set istimewa iaitu sepasang Baju Melayu beserta sampin pada harga RM129,” katanya.

Harga bagi Baju Melayu kanak-kanak dijual pada harga RM55 sepasang, dewasa (RM90), Baju kurung (RM89), kain batik dan pelikat (RM10).

Sebahagian daripada produk usahawan Islam dari Melaka yang dibawa masuk ke Malakat Mall, Cyberjaya.
Pelbagai pilihan butang Baju Melayu untuk dipilih termasuk untuk kanak-kanak.

Untuk mereka yang mencari juadah raya, jualan pelbagai jenis kuih raya ditawarkan daripada harga RM28 hingga RM38 sebekas.

Antaranya Samosa Ayam, Popia Udang, Makmur Gajus, Tat Nenas, Red Velvet, Chucky Chunky, Black Maria, Cookies n Cream, Brownies, Nutella Doughnut, Cocoliciois, Salted Caramel Crunch dan banyak lagi.

Selain berbelanja, Karnival Raya Malakat Mall yang dibuka dari 11.30 pagi sehingga 12 tengah malam turut menawarkan peluang kepada pengunjung untuk memenangi sebuah campervan bernilai kira-kira RM200,000.

Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim
Peluang orang ramai memilih Baju Melayu tanpa perlu bersesak seperti di kebanyakan mall.

Mohd. Fadzli berkata, tawaran itu terbuka kepada pelanggan yang berbelanja minimum RM1,000 di Malakat Mall sepanjang Ramadan.

“Pelanggan boleh gabungkan resit-resit yang ada sepanjang tempoh Ramadan, cuma perbelanjaan tidak termasuk pembelian di Malakat Grocer kerana itu kita adakan program lain.

“Siapa sangka, Campervan yang diimport dari luar negara dengan kemudahan tandas, katil bersaiz Queen dan Single, Oven dan microwave ini jadi milik anda,” katanya.

Beliau berkata, bagi mereka yang mengelak daripada membeli-belah di pasar raya dan lokasi-lokasi ‘sendat’ sempena Hari Raya Aidilfitri ini, Malakat Mall adalah peluang terbaik.

“Di mall ini, kami sediakan semua kemudahan untuk pengunjung membeli-belah, bersolat dan makan dalam suasana yang tenang,” katanya.

Sebahagian daripada butik-butik yang terlibat dalam Karnival Raya Malakat Mall sepanjang Ramadan ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here