Putera Philip mangkat pada usia 99 tahun

0
259
Putera Philip

LONDON – Suami kepada Ratu Elizabeth, Putera Philip dilaporkan mangkat hari ini pada usia 99 tahun.

Memetik laporan The Independent, berita itu disahkan oleh Istana Buckingham sebentar tadi.

Bagaimanapun laporan tersebut tidak menyebut punca kematian Putera Philip.

Pada 16 Februari lalu, baginda menerima rawatan di hospital selama sebulan akibat mengalami masalah kesihatan.

Baginda kemudian selamat menjalani rawatan jantung di Hospital St Bartholomew’s.

Putera Philip yang mendirikan rumah tangga bersama Ratu Elizabeth pada 1947 meninggalkan empat orang anak iaitu Putera Charles, Puteri Anne, Putera Andrew dan Putera Edward.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here