Raikan Ramadan dengan majlis ilmu di Malakat Mall

0
38
Dalam kelas audit solat, peserta akan didedahkan dengan bacaan dan pergerakan solat yang sebetulnya menurut sunnah Rasulullah S.A.W. – facebook/Malakat Mall

CYBERJAYA – Bersempena bulan Ramadan pada tahun ini, Kumpulan Malakat ingin mengajak individu yang berkelapangan untuk menghadiri program ilmu dan tadarus al-Quran yang akan diadakan pada tiap hari.

Menurut Penasihat Syariah Malakat Mall, Dr. Taha Omar, antara program pengajian ilmu yang telah dirancang termasuk kelas pengajian Kitab Sahih al-Bukhari bersanad, dan kelas audit solat.

“Program sebegini dirancang bagi memenuhi bulan Ramadan dengan amal dan ibadah.

“Pada masa yang sama, ini merupakan salah satu tanggung jawab sosial kami terhadap orang ramai amnya, dan terhadap orang Islam khasnya,” kata Dr. Taha sebentar tadi.

Beliau berkata, tadarus al-Quran akan diadakan pada tiap hari selepas waktu solat Asar, manakala kuliah Dhuha akan diadakan pada tiap pagi Rabu.

“Bagi kelas pengajian hadis, ia akan diadakan pada setiap hari Khamis selepas waktu Zohor.

“Kelas audit solat pula, akan diadakan pada setiap hari Isnin dan Selasa, juga selepas waktu Zohor,” tambah Dr. Taha.

Mana-mana individu yang berminat untuk mendaftarkan diri bagi mengikuti program ini, boleh mendaftarkan diri dengan menghubungi Dr. Taha di talian +601121117754.

“Tiada bayaran dikenakan kepada mereka yang berminat.

“Jadi, saya menyeru kepada semua supaya dapat menggunakan peluang ini untuk menambah ilmu disamping menggandakan ibadah pada bulan Ramadan yang mulia nanti,” kata Dr. Taha lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here