Ruang imarah Ramadan percuma di Malakat Mall

0
136
Sebahagian daripada kakitangan yang hadir pada program Qiamullai pagi ini.

CYBERJAYA – Lebih 50 kakitangan Malakat Mall hadir pada program Qiamullail sempena Ramadhan yang diadakan di ruang legar pusat beli-belah itu pada pukul 4 pagi tadi.

Program dimulakan dengan solat sunat tahajjud, solat taubat disusuli solat hajat yang diimamkan oleh Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim.

Ia merupakan salah satu daripada program pengimarahan Ramadan
yang dibuka kepada kakitangan, pelanggan dan penduduk di sekitar Cyberjaya.

Mohd. Fadzil berkata, kakitangan syarikat digalakkan untuk menyertai majlis ibadat itu bagi menghidupkan amalan sepanjang bulan Ramadan.

Beliau berkata, pihaknya turut menawarkan kepada mana-mana syarikat, organisasi atau kumpulan untuk mengadakan Qiamullail di Malakat Mall Cyberjaya dan Masjid Tanah secara percuma.

“Kami sediakan ruang yang selesa, tempat letak kenderaan dan restoran untuk sahur.

“Semoga penganjuran majlis agama di sini akan dapat menghidupkan lagi mall kami dan memberi kemudahan kepada siapa sahaja yang memerlukan venue untuk berjemaah bersama,” katanya.

Program pengajian kitab yang dianjurkan untuk kakitangan Malakat Mall dan Brainy Bunch.

Katanya, semoga usaha ke arah jalan agama yang berterusan akan dihadiahkan dengan kejayaan dunia dan akhirat.

Pada majlis itu, kakitangan dari pelbagai jabatan dan bahagian turut dijamu dengan bubur dan nasi lemak sebagai hidangan sahur tajaan Restoran Bunch-Oh.

Majlis diakhiri dengan solat Subuh dan tazkirah.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here