Sabah sekat kemasukan dari India, Perancis, Amerika Syarikat, Afrika dan Brazil

0
49
Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor

KOTA KINABALU – Sabah memutuskan untuk menyekat kemasukan bagi semua individu dari lima negara iaitu India, Perancis, Amerika Syarikat, Afrika dan Brazil memasuki Sabah berkuat kuasa hari ini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor berkata, larangan berkenaan adalah bagi mencegah penularan varian baharu (Variant of Concern) atau VoC dari lima negara yang disenaraikan itu.

Bagaimanapun katanya, pengecualian masuk ke negeri Sabah diberikan kepada rakyat Sabah serta pasangan (suami atau isteri) dan anak kepada rakyat Sabah sahaja.

“Walau bagaimanapun, mereka perlu mematuhi prosedur kuarantin wajib 14 hari di stesen kuarantin yang diwartakan.

“Sehubungan itu, kru kapal yang mempunyai sejarah perjalanan dari negara India dalam tempoh 14 hari tidak dibenarkan menjalankan prosedur ‘signoff’ di negeri Sabah.

“Tetapi kru warganegara Malaysia dikecualikan dan wajib menjalani perintah kuarantin wajib 14 hari di stesen kuarantin yang diwartakan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here