Saifuddin disahkan dijangkiti Covid-19, kini jalani kuarantin di rumah

0
87
Datuk Saifuddin Abdullah

CYBERJAYA – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah disahkan positif Covid-19 setelah mendapat keputusan ujian saringan pada malam semalam.

Menurut Pejabat Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia, sehubungan dengan itu, beliau akan menjalani tempoh kuarantin mengikut saranan dan pemantauan rapi oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

“Buat masa ini, beliau sedang menjalani kuarantin di rumah sementara menunggu kemasukan ke wad di hospital.

“Sepanjang tempoh rawatan dan kuarantin, beliau akan terus memantau dan memastikan segala urusan kementerian berjalan dengan lancar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu menurut kenyataan itu,
Saifuddin juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan kesembuhan beliau dan memohon maaf di atas kesulitan yang timbul akibat daripada situasi itu.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here