Salt Bae disaman RM20 juta

0
574
Mural yang dikatakan menjadi punca Nusret Gokce atau Salt Bae disaman RM20 juta

NEW YORK –  Chef terkenal Nusret Gokce yang popular dengan gelaran ‘Salt Bae disaman AS$5 juta (kira-kira RM20 juta) oleh seorang seniman dari Brooklyn, Amerika Syarikat (AS).

Seniman berkenaan yang bernama William Hicks mendakwa Salt Bae menggunakan karya seninya tanpa kebenaran.

Sebelum ini, Hicks dan rakan senimannya, Josphe Lurato ditugaskan oleh Salt Bae untuk menghasilkan mural di restoran milik lelaki berketurunan Turki itu.

Menurut laporan agensi, berdasarkan tuntutan saman di peringkat mahkamah, mural itu memaparkan aksi Salt Bae menabur garam yang amat popular di seluruh dunia.

Hasil seni pertama itu dipamerkan di restoran stik Salt Bae di Miami dan karya lain iaitu mural stensil dipaparkan di restoran lelaki itu di Doha, Dubai dan New York.

Hicks mendapat tahu Gokce menggunakan imej berkenaan di seluruh dunia termasuk untuk papan tanda digital, menu, pengelap, pek makanan dan label perasa pada tahun lalu.

Salt Bae menjadi popular sekitar 2017 selepas aksi uniknya yang menaburkan garam ke atas stik yang tular di media sosial.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here