Sambutan Hari Bumi di Malakat Mall meriah

0
80
Sebahagian peserta yang hadir Sambutan Hari Bumi di sini hari ini

CYBERJAYA – Sambutan Hari Bumi yang diadakan di pusat beli belah Malakat Mall di sini meriah walaupun pergerakan terbatas kerana mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Antara program yang dilaksanakan sepanjang tiga jam sambutan tersebut diadakan ialah pameran oleh peserta yang mengambil bahagian, sesi ceramah dan tunjuk ajar menghasilkan pencuci tangan dengan menggunakan pokok lidah buaya.

Selain itu, sambutan itu turut dimeriahkan dengan kehadiran kanak-kanak daripada Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) di Puchong yang diberikan pendedahan awal mengenai kepentingan untuk menjaga bumi daripada dirosakkan.

Dalam pada itu, menurut Pengarah Outlet DIY Malaya Malakat Mall Cyberjaya, Izni Idris, penganjuran buat julung kali program itu di sini diharapkan dapat memberikan kesederan kepada orang ramai mengenai keadaan bumi yang semakin lama semakin punah akibat kerakusan manusia.

Tunjuk ajar menghasilkan pencuci tangan daripada lidah buaya

Malah, katanya, sejak akhir-akhir ini pelbagai masalah muncul seperti bencana alam, tanah runtuh, banjir dan lain-lain akibat kemusnahan bumi.

“Sekarang kita dalam fasa unutk memulihkan semula apa yang telah berlaku, jadi untuk itu kita mulakan daripada kanak-kanak di sekolah dengan mengajar mereka mengenai bumi dan hidupan yang perlu dipelihara dan dipulihara semula,” katanya kepada Malakat Tribune hari ini.

Dalam pada itu, katanya, pihak DIY Malaya sendiri menyokong kepada idea untuk memulihkan semula kemusnahan yang berlaku dengan mengambil inisiatif mewujudkan tempat kitar semula di kedai tersebut.

Antara peserta yang mengambil bahagian dalam pameran Hari Bumi

Katanya, di samping boleh menghantar barangan kitar semula, pihaknya turut memanfaatkan barangan kitar semula itu untuk dibuat barangan cenderahati, permainan dan lain-lain.

Izni berkata, wang yang diperoleh daripada hasil jualan itu akan disumbangkan semula ke dalam tabung Yayasan Brainy Bunch untuk manfaat komuniti.

Sementara itu katanya, bermula minggu depan juga orang ramai juga boleh membeli bahan pencuci seperti sabun basuh, sabun cuci kereta dan lain-lain dengan hanya membawa botol sendiri.

Beliau berkata, langkah itu adalah bagi mengelakkan lebih banyak botol plastik yang dibuang sekali gus dapat mengelakkan mencemarkan alam sekitar.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here