Sanggup tipu positif Covid-19 untuk tidak bekerja

0
207

ISKANDAR PUTERI – Seorang remaja sanggup menipu sebagai positif ujian Covid-19 semata-mata untuk tidak hadir bekerja walaupun baharu sehari diterima bekerja di sebuah restoran di Skudai.

Remaja berusia 19 tahun itu ditahan polis di rumahnya di Mutiara Rini, Skudai selepas dipercayai menipu majikannya melalui mesej WhatApp yang mendakwa dirinya positif dalam ujian calitan Covid-19.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, penahanan remaja itu dibuat selepas majikannya yang berusia 32 tahun membuat laporan polis berhubung penipuan itu.

“Disebabkan itu, lelaki tersebut terpaksa menutup restorannya dan pergi ke klinik bersama 12 lagi pekerja yang lain untuk membuat ujian Covid-19.

“Bagaimanapun, hasil ujian calitan mendapati kesemua pekerjanya termasuk majikan restoran negatif Covid,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Dzulkhairi, selepas majikan dan kakitangan restoran tersebut mendapat keputusan negatif, mereka mengesyaki sesuatu pada pengakuan remaja berkenaan dan bertanyakan cerita sebenar.

“Pekerja tersebut mengaku bahawa dia telah menipu tidak mahu datang bekerja

“Suspek ditahan bagi membantu siasatan di bawah seksyen 420/468 Kanun Keseksaan kerana memalsukan laporan pemeriksaan ujian Covid-19,’’ katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here