Saringan Covid-19 diperluas di sekitar kawasan PKPD Besut

0
68
Dr Nor Azimi Yunus

CYBERJAYA – Jabatan Kesihatan Terengganu meluaskan ujian saringan Covid-19 di dua lagi kampung berhampiran dengan kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Hulu Besut.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Nor Azimi Yunus berkata, antara kampung yang terlibat dalam saringan sejak Sabtu lalu itu adalah Kampung Pak Sik dan Felcra Keruak berhampiran Kampung Belaoh, Kampung Keruak serta Kampung Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Belaoh Baru yang dikenakan PKPD sejak Rabu lepas susulan kewujudan Kluster Belaoh

“Seramai 1,094 penduduk dari dua kampung berkenaan terlibat dalam ujian saringan kali ini kerana sudah ada percampuran (penduduk) antara mereka dengan tiga kampung yang dikenakan PKPD,” katanya memetik laporan Bernama kepada pemberita selepas meninjau proses saringan Covid-19 di Sekolah Kebangsaan (SK) Keruak hari ini.

Dr Nor Azimi berkata, beliau tidak menolak kemungkinan pertambahan kes positif dari lima kampung terbabit adalah susulan saringan yang sedang giat dilaksanakan.

“Terengganu kini mencatatkan kadar kebolehjangkitan (Rt) 1.53 sedangkan dua minggu lepas, kita merupakan yang terendah iaitu 0.53 sahaja,” katanya.

Kluster Belaoh yang didaftarkan pada 6 April lepas adalah kluster komuniti melibatkan daerah Besut dan Marang di Terengganu serta Bachok di Kelantan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here